Karier Erna Elliyana

1988-1998

Erna memulakan karier seninya pada tahun 1988 apabila beliau berlakon sewaktu masih berusia 6 bulan dalam drama bersiri RTM, Opah. Beliau secara rasminya bergelar pelakon pada 1998 apabila ditawarkan berlakon dalam drama Mat Despatch sebagai Bad.

2000-2001

Beliau kemudian menyertai program realiti nyanyian terbitan TV3 pada ketika itu, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000 dan berjaya dinobatkan naib juara didalam pertandingan realiti tersebut. Pada tahun yang sama juga beliau ditawarkan menjadi pengacara cilik dalam rancangan Ikan Kekek dan Can Mali Can di TV3.

2004

Setelah lama menyepi, Erna kembali dengan menyertai sebuah program realiti TV nyanyian, iaitu Malaysian Idol musim pertama, iaitu siri yang diadaptasi dari American Idol di 8TV. Namun perjuangannya terhenti di Top 40.

2006

Erna kembali mencuba nasib dengan menyertai sebuah siri program realiti nyanyian, One in a Million musim pertama iaitu sebuah siri TV nyanyian yang menggantikan siri Malaysian Idol yang ditamatkan siaran pada 2006. Namun beliau gagal apabila perjuangannya terhenti di Top 20. Beliau dan 9 lagi orang peserta yang disingkirkan kemudian diberikan peluang kedua didalam 2nd Chance Show, namun sekali lagi beliau gagal menempatkan diri dikalangan Top 12 pada ketika itu.

2008

Beliau akhirnya dilamar oleh syarikat rakaman MilleniumArt Sdn Bhd dan telah melancarkan single pertamanya yang berjudul Bukan Untuk Sesaat, iaitu ciptaan Julfekar manakala lirik ditulis oleh Pajin. Beliau kemudian giat aktif bagi mempromosikan lagu tersebut di stesen-stesen radio tempatan. Lagu ini juga pernah dicalonkan di Muzik-Muzik 23 namun gagal ke peringkat separuh akhir.

2022-kini

Beliau yang kini berusia 33 tahun dan telah berkahwin dan juga bergelar usahawan sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakannya bersama penyanyi Datin Alyah iaitu, Kamya Glow yang turut mendapatkan perhargaan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Awards bagi kategori Health And Beauty.